Sunday, July 11, 2010

Pemilihan Pengawas Sesi 2011





Bismillah ...



Untuk makluman kepada Pelajar SMKANI yang berminat untuk memikul amanah menjadi mata-mata SMKANI bagi sesi 2011 , diminta menghantar nama anda kepada wakil pengawas yang telah ditetapkan seperti berikut :

* Wan Ahmad Fahmi bin Wan Muda > Ketua Pengawas (L) SMKANI
* Nik Mohd Adham bin Che Zainuddin > Timbalan Ketua Pengawas (L) SMKANI
* Siti Suhaila binti Yusop > Ketua Pengawas (P) SMKANI
* Tengku Nur Fadilla binti Tengku Refin > Timbalan Ketua Pengawas (P) SMKANI

Temuduga akan dilaksanakan dan mengambil kira kriteria-kriteria berikut :

1) Pengetahuan Agama
2) Pencapaian Akademik Semasa
3) Pengucapan Awam
4) Kepekaan Terhadap Isu-Isu Semasa
5) Sahsiah dan Karisma Pelajar
6) Ciri-Ciri Kepimpinan
7) Ideologi Baru Yang Kreatif dan Inovatif

p/s : Kepada Calon-Calon Yang Ingin Mengambil TemuDuga dikehendaki menyerahkan nama kepada wakil-wakil pengawas selewat-lewatnya 31 Julai 2010 . Anda dikehendaki membawa Slip peperiksaan terkini dan salinan Kad Pengenalan semasa temuduga .

~ Tarikh temuduga akan diberitahu kemudian ...

Jadilah Pemimpin Yang Amanah . Rakyat Tidak Diciptakan Untuk Menjadi Hamba Kepada Pemimpin Tetapi Pemimpin Diciptakan Untuk Melindungi Rakyat ... Terimalah Amanah Dengan Jujur ... Bersedia Untuk Berkorban ...


Yang Benar

Adham

Timbalan Ketua Pengawas (L)








No comments:

Post a Comment